Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Kelas roti canai 18/01

Imej
Salam sejahtera buat semua ramai yg bertanya susah ke belajar buat roti canai? Berapa lama boleh pandai kalau saya belajar? JAWAPAN SAYA 1.Belajar buat roti canai sama dengan belajar masakan lain dengan minat yang mendalam apa saja ilmu yang kita  pelajari Insyaallah lebih cepat melekat dihati. 2.Cari guru yang iklas, guru yang benar² berilmu dalam bidang yang ingin kita pelajari. 3.Mereka yang datang belajar disini saya pastikan ilmu bagaimana nak buat roti canai dibawa balik  dan dengan mudah untuk dipraktikkan dirumah. 4.Komitmen  saya masa tiga hari  dengan latihan berterusan anak didik saya sudah faham apa itu roti canai. 5.Dalam masa dua minggu dengan latihan setiap hari roti canai anda mampu di komersial dan diterima oleh orang lain. 6.Buat roti canai sebenarnya salah satu makanan yang mudah untuk dibuat senang untuk dipelajari bahan² yang ringkas tidak seperti masakan lain. 7.Cuma yang menyebabkan kita rasa susah nak buat disebabkan kita t...

Roti pisang

Imej
🍌Roti pisang Sebiji pisang sederhana masak dipotong nipis seperti dalam gambar sekiranya pisang terlalu masak  roti akan jadi lembik ketika bakar. 🍌 Sedikit susu atau gula 🍌 Marjerin

KUAH KACANG DAL

Imej
Kuah roti canai Bahan Kacang dal Ubi kentang Halia Carrot Terung bulat  Serbuk kunyit Kacang panjang/cili pad i Bawang merah/putih Lada kering Kulit kayu manis Buah pelaga/Bunga lawang Jintan manis/jintan putih Daun kari  Kacang dal hendaklah direndam selama lebih dari 10jam kerana kacang dal sejenis kacang sukar empuk.  Rebus kacang dal sehingga empuk masukkan sepotong halia kentang,carrot, sedikit serbuk kunyit  terung bulat yang sudah dipotong dan serbuk perasa ayam. TUMIS BERASINGAN Bawang merah/putih/lada kering/kulit kayu manis/buah pelaga/jintan manis/bunga lawang/daun kari dan sedikit serbuk kari hendak ditumis sehingga masak pecah minyak.  Dimasukkan ke dalam kacang dal yang sudah direbus jangan lupa letak garam atau gula. D Akhir sekali masukkan kacang panjang /cili padi matikan api kacang panjang dan cili padi tidak perlu dimasak

Resepi roti canai

Untuk 1kg tepung gandum +Air 1/2 litre +Telur 1 biji +Susu pekat  manis 100g +Garam10 gram +marjerin/planta 40 g Cara bancuh tepung masukkan +air +susu +garam +telur, telebih dahulu kacau sehingga sebati/ larut... masukan +tepung gandum +marjerin,  uli sehingga  sebati. Tanda tepung sudah sebati ialah ✔Tidak melekat pada tangan ✔Tidak melekat pada besen bekas yg digunakan untuk menguli tepung. ✔Sekiranya  tepung masih melekat pada besen dan tangan anda itu tandanya tepung terlalu lembik/ cair. ✔Bagi yg baru belajar  tepung tidak boleh  keras sebab proses  seterus akan menjadi  lebih sukar terutamanya semasa buat bebola dan tebar. ✔Setelah tepung sebati diuli biarkan selama  30minit untuk proses  melembutkan tepung sebelum  buat bebola. ✔Untuk perhatian tuan/puan proses  untuk buat bebola dengan betul anda perlu :- *tonton video /tengok gambar *jumpa guru terlatih ✔Proses  buat bebola ini penting ba...