Bahan,resepi roticanai

Bahan,resepi roticanai.
Resepi roti canai untuk 1kg gandum

Tepong gandum
Susu ⁴sudu makan 
Garam ¹sudu makan 
Telor ¹biji
Marjerin ¹sudu
Air 500ml

¹Masukkan air 500ml
garam ¹sudu
telor ¹biji
Susu pekat manis ⁴sudu jika menggunakan susu cair 100ml dan sedikit gula.

²Seterusnya aduk  bahan² yang telah dimasukkan supaya,air garam,susu dan telor larut terlebih dahulu.

³Bahagian seterusnya masukkan tepong gandum dan marjerin proses menguli hingga sebati bermula itu sahaja resepi asas buat roti canai.

⁴Uli tepung roti canai perlu dilakukan lebih dari sekali dua atau tiga kali.Ulian pertama selama lima minit setelah debu gandum,air dan bahan² lain sudah bercampur tidak lagi kelihatan rehat selama 15-20 minit.

⁵Kita sambung ulian kali kedua selama 5minit  bila tepong kelihatan lebih licin kita dapat rasa dengan tangan tepong lebih lembut tidak lagi melekat pada tangan dan besen yang kita gunakan untuk menguli sekali lagi kita rehat selama 20 minit,kita sambung ulian  ketiga pada ketika ini kita dapat rasa tepong benar² lembut dan sudah bersedia untuk dibuat bebola.

⁶Pastikan bebola yang kita buat bulat seperti bola,dengan ukuran sama besar dengan timbangan yang sama berat.
Ukuran berat kebiasaannya dibuat oleh penebar roti canai di Malaysia ialah antara 70,75dan 80gram.
Bebola yang bersaiz seperti ini mampu menghasilkan antara 18,20 dan 22 biji perkilo, roti canai bersaiz ini mampu terjual dengan harga rm1.30---rm1.60 satu keping.

⁷Setiap bebola yang sudah siap mestilah disapu dengan marjerin supaya tidak melekat antara satu sama lain.
Marjerin adalah bahan terbaik dan mudah diperolehi berbanding minyak dan bahan pelembut lain.

⁸Bebola yang sudah siap mestilah ditutup kemas dan perlu disimpan pada suhu 9-12°c supaya tidak mudah rosak.
Bebola yang disimpan pada suhu ini bebola akan menjadi lebih berkualiti dan tidak mudah koyak,pecah ketika menebar.

⁹Masa yang sesuai untuk menebar ialah selepas 1jam setelah siap sepenuhnya.
Satu jam adalah tempoh yang sesuai untuk tepong lalui proses sebatian bahan² atau resepi menjadi lebih lembut mudah terbuka secara maksimum ketika anda menebar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Roti canai lembut gebu

Resepi roti canai

KUAH KACANG DAL